Thursday 13 December 2012

BADMINTON (SIRI SUPER AKHIR)

Assalammualaikum n selamat pagi

Kalau ada astro boleh tgk kat saluran 810 pukul 7.00 mlm

Lima wakil negara termasuk jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mengalami
kekalahan pada perlawanan pembukaan kumpulan pada Kejohanan Badminton Siri Super
Akhir BWF 2012 di Pusat Sukan Shenzhen Bay di China, hari ini.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, yang diundi dalam Kumpulan A, menerima
tamparan awal apabila dikejutkan oleh Du Penyu dalam tiga set 21-12, 16-21,
20-22 dalam masa 65 minit.

Pemain China itu menebus kekalahan kepada Chong Wei pada final Terbuka
Denmark di Copenhagen, dua bulan lepas.
Seorang lagi pemain negara Liew Daren, dalam Kumpulan B, turut mengalami
nasib sama apabila tunduk kepada pemain pilihan ketiga, Kenichi Tago dari Jepun
15-21, 18-21 dalam masa 46 minit.

Beregu nombor dua dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong memberi tentangan
sengit sebelum kalah kepada beregu utama China Cai Yun/Fu Haifeng
11-21, 21-10, 10-21 dalam saingan Kumpulan A.
Beregu negara baharu Hoon Thien How/Tan Wee Kiong turut kalah kepada pilihan
kedua Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa dari Jepun 13-21, 17-21 dalam perlawanan
Kumpulan B.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas kepada gandingan
Indonesia Muhammad Rijal/Debby Susanto, 18-21, 19-21 dalam masa 38 minit dalam
Kumpulan B.

Hari ini, Chong Wei akan berdepan dengan pemain Thailand, Boonsak Ponsana dalam
perlawanan kedua kumpulan manakala Liew Daren bakal menghadapi laluan sukar
apabila menentang pilihan kedua Chen Long dari China dalam Kumpulan B.
Koo dan Tan juga bakal berdepan dengan tentangan sengit apabila menentang
beregu utama Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen dan Hoon/Tan akan bertemu
pilihan ketiga Hong Wei dan Sheng Ye dari China.

Chan dan Goh pula akan berdepan dengan Joachim Fischer Nielsen/Christinna
Pedersen dari Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan.
Selepas pusingan peringkat kumpulan, dua pemain terbaik setiap kumpulan akan
layak ke saingan separuh akhir yang bermula Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment