Showing posts with label Tips Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan dan Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Kebaikan telur untuk rambut sihat

Assalammualaikum.. n selamat pagi..

Selamat kembali bekerja kepada warga selangor yg bercuti smlm sempena
keputeraan sultan selangor...hr ni aku kongsikan tentang org yg risau psl
rambut..hehe masa aku kecil rambut aku sangat sikit..petua mak aku
lumurkan santan kelapa dan balut kepala tu..huhu mmg rambut aku jadi lebat gila lps tu..kena buat bnyk kali gak lah..hehe
ok ni artikel ttg kebaikan telur utk rambut..

Kajian dari Mayo Clinic mendapati bahawa rawatan yang berkesan untuk masalah keguguran rambut termasuklah penggunaan bahan yang mengandungi minoksidil dan finasterid serta pembedahan seperti pemindahan rambut dan pengurangan kulit kepala.

Namun, disebabkan oleh kosnya yang sangat tinggi, ramai yang tertanya-tanya jika terdapat alternatif lain yang jauh lebih murah. Jawapannya adalah, ya, memang ada, tetapi sama ada ianya mendatangkan kesan yang sangat efektif adalah bergantung kepada keadaan rambut dan kulit kepala anda.

Oleh itu, anda diminta untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berpaling kepada cara rawatan yang lebih tradisional.

Menurut Vasant Lad, seorang pengarang buku "The Complete Book of Ayurvedic Home Remedies", kandungan protein yang tinggi dalam kuning telur mampu mengatasi masalah keguguran rambut di samping membantu rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat.

Selain protein, telur juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, E dan D. Vitamin A berfungsi meningkatkan penghasilan sebum serta membantu mengurangkan kelemumur dan penebalan kulit kepala. Vitamin D pula berupaya merangsang pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut bercabang manakala vitamin E membaikkan penyerapan oksigen di dalam rambut. Peredaran darah di sekitar kulit kepala dibantu oleh vitamin B yang turut terkandung.

Asid lemak yang terdapat dalam telur juga berfungsi mengekalkan kelembutan rambut di samping boleh mengurangkan masalah kelemumur, kulit kepala mengelupas dan psoriasis.

Apa yang anda boleh lakukan adalah campurkan tiga kuning telur di dalam mangkuk kecil dan pukulnya selama 60 saat. Campuran tersebut kemudiannya disapu dan diurut di kulit kepala selama dua hingga tiga minit. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan setelah itu barulah anda boleh mencuci rambut dengan syampu yang sesuai.

Kandungan protein yang tinggi juga merupakan sebab mengapa telur adalah salah sebuah pelembap yang terbaik untuk mencegah rambut kering. Dengan teknik yang sama juga, campuran tiga biji telur yang dipukul itu boleh disapu di seluruh rambut sebelum dibiarkan.

Rawatan ini boleh dibuat berulang kali dalam sehari asalkan ianya tidak mengakibatkan iritasi kulit kepala. Sekiranya anda konsisten, kesan perubahan yang lebih baik pasti boleh dilihat dalam kurang dari sebulan.

Friday, 30 November 2012

Betulkah ubat gigi hilangkan jerawat?

Huhu....Assalammualaikum..n selamat pagi...jap je dah hari jumaat ..esk cutii..
pagi2 tadi aku ada baca 1 artikel tentang ubat gigi boleh hilangkan jerawat..
huhu mmg jarang di dengar..ok layankan artikel yang aku ambik kat yahoo ni..

Hampir semua daripada kita sudah pasti pernah menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit wajah, iaitu dengan menyapu ubat gigi di kawasan yang berjerawat.

Walaupun ianya mampu mengurangkan minyak, adakah ubat gigi merupakan suatu cara yang efektif demi mendapatkan kulit wajah yang licin dan bersih? Dan apakah kesan sampingan yang ada?

Menurut Dr. Neal Schultz, iaitu seorang pakar dermatologi dari New York, ubat gigi mengandungi bahan-bahan seperti soda penaik, hidrogen peroksida, alkohol, mentol, minyak pati serta triklosan yang bersifat anti-bakteria dan berfungsi mengeringkan jerawat.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bahan-bahan tersebut tidak membuatkan penggunaan ubat gigi lebih efektif berbanding dengan cara penghilangan jerawat yang konvensional.

Seorang lagi pakar dermatologi, Dr. Rebecca Baxt, menambah bahawa kesan pengeringan yang dibawa oleh ubat gigi sering dilihat orang ramai sebagai suatu yang baik. Sebaliknya, kesan tersebut sebenarnya mengakibatkan radang kulit yang melibatkan kemerahan dan pengelupasan disebabkan oleh kulit yang terlebih kering.

Mungkin ada di kalangan kita yang mampu menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah sama sekali rawatan yang tepat untuk kulit berjerawat. Apa yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit adalah benzoyl peroksida serta asid salisilik.

Oleh itu, jika anda ingin menghilangkan jerawat dengan cara yang berkesan dan tidak melibatkan wang yang banyak, anda boleh menyapu aspirin yang sudah dikisar dan dijadikan pes setelah larut dalam air di sekitar wajah sebelum tidur. Cara-cara lain yang popular dan efektif termasuklah sapuan jus limau ataupun lemon.

Wednesday, 28 November 2012

Orang Gemuk (chubby) lebih bahagia dr org kurus?

Assalammualaikum.. Lama x update blog dah..hehe bz sgt smpai x smpt..hr ini nak kongsikan fakta
tentang Orang gemuk atau panggilan comelnya chubby hehe lebih bahagia dari org
kurus..huhu suka aku dgr ni..sb aku pun chubby..haha ..ok bc fakta ni

Sebuah penelitian di Universiti McMaster, Kanada, mengungkap sebuah fakta yang
menggembirakan bagi mereka dengan berat badan di atas normal @ gemuk.

Dikatakan bahwa dalam tubuh orang gemuk tersimpan ‘fat gene’ atau ‘gen gemuk’
yang juga dikenal sebagai FTO atau ‘gen bahagia’.

Hal ini yang membuat orang gemuk sering dikenal memiliki kepribadian atau sifat
yang riang dan gembira. Sedangkan pada orang kurus, gen tersebut jumlahnya
terbatas sehingga ada anggapan bahwa orang gemuk lebih bahagia dibanding dengan
orang kurus.

Dengan adanya gen tersebut, tingkat kemungkinan munculnya tekanan pada orang gemuk lebih sedikit dibanding dengan kemungkinan orang kurus yang menghadapi tekanan.

Adanya gen FTO dalam tubuh orang gemuk membuat proses adanya tekanan turun hingga tinggal 8%. Itu yang menyebabkan orang gemuk nampak seperti selalu tertawa dan bergurau.

Sampel DNA 17.200 orang adalah bahan yang jadi objek penelitian untuk membuktikan fakta tersebut.

Hasilnya, pada DNA yang mengandung gen FTO terlihat tanda-tanda tekanan yang lebih sedikit dibanding mereka yang tak memiliki gen FTO.

Dikutip dari kenyataan prof. David Meyre, seorang pengkaji di Universiti McMaster Kanada mengatakan bahwa:

    “Ini bukti pertama tentang gen FTO atau ‘gen gemuk’
      yang ternyata dapat menurunkan tekanan.”

ok..jgnlah kita terburu sgt nak turunkan berat badan..janji kt sihat..hehe utk
diri sendiri juga..hehe