Tuesday, 19 February 2013

Winter Trip.........Koreaaaaaaaaaaa (Seoul+Jeju)

Assalammualaikum...
Huhu..lama gila xupdate update blog ni..haha bz sgt..huhu br je blk bercuti kat korea...sgtlah best n cntik2 tmptnya..ok ni sy kongsikan gambar..Huhu first day dah smpai sana pukul 4.00 ptg jadi xbnyklah jalan..

First Day : 4/2/2013 - Seoul


Namdaemun (Shopping Baju Sejuk)

Namsan Tower

Second Day : 5/2/3013 - Jeju


Di muzium cokelat: Jeju

Teddy Bear Muzium

Muzium Tea

GuestHouse + Jlan2 Cari Kasut + Kereta Sewa (Hyundai Avante)..huhu dpt naik kete besar + sarapan pagi + mkan mee udon

Third Day : 5/2/3013 - Jeju

Ladang Limau

Seongsan Ilchubong - unesco site

Seopikoji


Mak cik jual cokelat Jeju sedapppppppp

Jeongbang Falls

Jusangjeoli cliff

Huhu..untuk 3 hari pertama.. ada lg 4 hr lg..

Thursday, 20 December 2012

Tempat Cantik Di Korea

Asslammualaikum..n selamt pagi

Huhu..dh berapa hari xupdate blog ni..hehe ni aku kongsikan tempat menarik di korea
yg bakal aku pegi insyallah bulan 2 ni..huhu cantik sgt tmptnya ..keindahan ciptaan Allah S.W.T

Daegwallyeong Sheep Farm

Daegwallyeong Samyang Ranch

Pyeongchang Trout Festival

Petite France

Friday, 14 December 2012

Doa-doa harian

Asslammualaikum n slmt pagi

huhu..msti smua rakyat malaysia sedih hari ni..smlm malaysia kalah dgn thailand
perlawanan separuh akhir kedua 2-0 kptsn penuh 3-1..xpelah xde rezeki tahun ni
tetapi harimau melaya tetap dihati ku..huhu...lps tgk bola semalam tgk jap
badminton...mmg best beregu lelaki malaysia main..wlpn 3 set akhirnya malaysia
menang..tapi sedih chong wei tarikh diri kerana cedera..liew dareen pun dh
tersingkir, beregu campuran pun tersingkir..just tinggal beregu lelaki sahaja..
apepun malaysia cayok2..hehe

sempena hari jumaat n bulan safar bulan ni..aku kongsikan doa-doa untk amalan kita
ni aku ambik kat webiste ni http://islamgrid.gov.my/doa/indexVideo.html
bagus website ini..ok smga kita amalkan dan mendapat kerberkatan insyallah

Doa Hendak tidur

Doa Penerang Hati

Doa ketika keluar rumah

Doa ketika menaiki kenderaan

Doa Memohon kesabaran & kemenagan

Doa Mengilangkan Kesedihan

Doa Selepas Wuduk

Doa Memohon Keampunan

Doa Melindungi Diri Dari Kejahatan

Bnyak lagi doa..nanti sy update lagi..

Thursday, 13 December 2012

BADMINTON (SIRI SUPER AKHIR)

Assalammualaikum n selamat pagi

Kalau ada astro boleh tgk kat saluran 810 pukul 7.00 mlm

Lima wakil negara termasuk jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mengalami
kekalahan pada perlawanan pembukaan kumpulan pada Kejohanan Badminton Siri Super
Akhir BWF 2012 di Pusat Sukan Shenzhen Bay di China, hari ini.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, yang diundi dalam Kumpulan A, menerima
tamparan awal apabila dikejutkan oleh Du Penyu dalam tiga set 21-12, 16-21,
20-22 dalam masa 65 minit.

Pemain China itu menebus kekalahan kepada Chong Wei pada final Terbuka
Denmark di Copenhagen, dua bulan lepas.
Seorang lagi pemain negara Liew Daren, dalam Kumpulan B, turut mengalami
nasib sama apabila tunduk kepada pemain pilihan ketiga, Kenichi Tago dari Jepun
15-21, 18-21 dalam masa 46 minit.

Beregu nombor dua dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong memberi tentangan
sengit sebelum kalah kepada beregu utama China Cai Yun/Fu Haifeng
11-21, 21-10, 10-21 dalam saingan Kumpulan A.
Beregu negara baharu Hoon Thien How/Tan Wee Kiong turut kalah kepada pilihan
kedua Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa dari Jepun 13-21, 17-21 dalam perlawanan
Kumpulan B.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas kepada gandingan
Indonesia Muhammad Rijal/Debby Susanto, 18-21, 19-21 dalam masa 38 minit dalam
Kumpulan B.

Hari ini, Chong Wei akan berdepan dengan pemain Thailand, Boonsak Ponsana dalam
perlawanan kedua kumpulan manakala Liew Daren bakal menghadapi laluan sukar
apabila menentang pilihan kedua Chen Long dari China dalam Kumpulan B.
Koo dan Tan juga bakal berdepan dengan tentangan sengit apabila menentang
beregu utama Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen dan Hoon/Tan akan bertemu
pilihan ketiga Hong Wei dan Sheng Ye dari China.

Chan dan Goh pula akan berdepan dengan Joachim Fischer Nielsen/Christinna
Pedersen dari Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan.
Selepas pusingan peringkat kumpulan, dua pemain terbaik setiap kumpulan akan
layak ke saingan separuh akhir yang bermula Jumaat ini.