Pertama – mengucap:
mengucap
Kedua – banyakkan beristigfar dengan menyebut :
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka – dengan menyebut: doa
“Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya). sumber hadis : Islamgrid.gov.my,
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah: 1) Membaca dan bertadarus Al-Quran. 2) Menunaikan solat Tarawih. 3) Memberi sedekah. 4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT. 5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
Kelebihan Bulan Ramadhan
1. Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan bagi petunjuk dan pemisah ( antara yang hak dengan yang batil ). [ Surah Al-Baqarah - Ayat 185 ]
2. Pahala Yang Berganda. 10 - 700 kali ganda. [ Subahanallah! ]
3. Ikan-ikan dilautan turut berselawat untuk orang-orang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan di siang hari sehinggalah matahari terbenam.
4. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah s.w.t
5. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya akan dibalas dengan ganjaran syurga
6. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar
7. Dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.